Program Komuniti Madani bersama NADI Gunung Semanggol
9 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniTelah berlangsung program melibatkan ahli Komuniti Madani Gunung Semanggol bersama NADI pada 8 Februari 2025 bertempat di NADI Gunung Semanggol. Antara pengisian sepanjang program berlangsung adalah seperti taklimat secara live streaming bagi memperkenalkan NADI serta perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak NADI.
Pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Kerian turut hadir bersama-sama untuk memberi penerangan kepada ahli Komuniti Madani yang hadir tentang perancangan dan kerjasama yang akan dilaksanakan kelak di antara ahli Komuniti Madani, NADI dan Pejabat Penerangan Daerah Kerian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: